Kongsi Ilmu

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
SUAMI: JADI IMAM DI RUMAH ATAU SOLAT DI MASJID?
assalamualaikum ustaz..baru2 ni nampak ramai kawan2 sy post pasal ni..betul ke ni?mana yg lebih baik?mengimami keluarga atau ke masjid?
mohon pencerahan..
Jawapan:
Assalamualaikum.
Suami hendaklah ke masjid, itu yang diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.
عَنِ الْأَسْوَدِ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَة ، مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ ؟ قَالَتْ : " كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha: Apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lakukan di rumahnya? Beliau menjawab: Baginda membantu berkhidmat menguruskan urusan keluarga. Apabila masuknya waktu solat, baginda keluar mendirikan solat [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 638]
Wallahua'lam.
Tambahan:
Tambahan:
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: لَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْ الصَّلَاةِ إِلَّا مُنَافِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاقُهُ أَوْ مَرِيضٌ
'Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu berkata: Aku telah melihat di zaman kami yang mana tiada seorang pun yang akan meninggalkan solat (jemaah) kecuali orang munafiq yang dikenali kemunafiqannya atau orang yang sakit.
إِنْ كَانَ الْمَرِيضُ لَيَمْشِي بَيْنَ رَجُلَيْنِ حَتَّى يَأْتِيَ الصَّلَاةَ
Orang yang sakit akan berjalan dengan dipimpin dua orang lain sehingga dapat menghadiri solat (jemaah).
وَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَنَا سُنَنَ الْهُدَى وَإِنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى الصَّلَاةَ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي يُؤَذَّنُ فِيهِ
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar kepada kami jalan kebenaran. Sesungguhnya antara jalan kebenaran itu itu solat di masjid yang dilaungkan azan padanya.
Dalam riwayat seterusnya disebutkan:
وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ
Seandainya kalian mendirikan solat (fardhu) di rumah-rumah kalian sebagaimana orang yang tidak hadir solat jemaah lalu solat dirumahnya, nescaya kalian akan meninggalkan sunnah nabi kalian.
وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ
Seandainya kalian meninggalkan sunnah nabi kalian, kalian akan sesat.
وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَعْمِدُ إِلَى مَسْجِدٍ مِنْ هَذِهِ الْمَسَاجِدِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا حَسَنَةً وَيَرْفَعُهُ بِهَا دَرَجَةً وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً
Tidaklah seseorang itu bersuci dan memperbaguskan bersucinya (iaitu wudhu) kemudian dia pergi ke salah satu masjid yang ada, melainkan Allah akan merekodkan untuk setiap langkahnya itu satu kebaikan dan meninggikan darjatnya dengan kebaikan itu, dan menghapuskan pula daripada orang itu satu kejahatan.
[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat, no: 654] 
Image result for logo tazkirah
Petikan dari blog Islam itu Indah.my

Hukum Keluar Bersama Tunang Tanpa Mahram

Hukum Keluar Bersama Tunang Tanpa Mahram
Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.
Soalan : Apakah hukumnya seseorang yang baru bertunang keluar berdua-duaan tanpa ada mahramnya?
Jawapan :
Peminangan adalah melahirkan keinginan untuk berkahwin atau permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama.
Jelas di sini bahawa ikatan perkahwinan adalah tanda keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya dengan ikatan perkahwinan yang sebenar. Sebenarnya ikatan perkahwinan ini tiada istilah yang membolehkan mereka keluar berdua-duaan walaupun berjumpa seketika untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terpendam atau sebaliknya.
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Dapat difahami bahawa Islam tidak membenarkan pasangan lelaki dan perempuan yang sudah bertunang atau belum bertunang berjumpa berdua-duaan walaupun dalam apa jua alasan. Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Bagi pendapat saya, jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Jika tidak menghampiri zina, maka ia akan berlaku fitnah di atas perempuan atau pasangan tersebut dengan mengatakan bahawa perempuan atau pasangan tersebut tidak mempunyai maruah. Adakah anda suka orang awam mengatakan anda tidak mempunyai maruah? Kalau tidak suka, maka jangan berjumpa berdua-duaan di tempat tersembunyi atau di tempat awam. [click to continue…]



Cara Mudah Menghafal Al-Quran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tata susila semasa membuat sebarang komen
1. Menggunakan bahasa yang sopan Dan baik sahaja
2. Dilarang menggunakan bahasa lucah dan kasar
3. Sentiasa menjaga tata susila.